Sunday, 30 June 2013

Coming Up July

Annyeong!

Ok, Julai dah nak dekat, so what is your preparation? Mine? Money! Why? Because nak kena beli banyak present? For who? First (3rd July) my bestfriend, Anis Syuhada Muchukkk. Second (6th July) my beloved cousin Chaq. Third (19th July) my kaklong and the last one is on 20th July, my ibu. Yang selebih-lebih-lebihnya, Gee terpaksa ignore. Wey, student kottt. Mana cukup bajet nak beli hadiah banyak-banyak. Cukup ar kita wish. hihi. Present for each person pun dah boleh buat Gee pokai. Ni nak atoq belambak-lambak? Hat dok kaya jadi kayap. 

Yang first bithday girl Si Anis Syuhada tu dah request dah hadiah dia. Dia nak makan kek red velvet. Ok, yang tu tak susah. Sonang jo ha. Yang lain-lain tak request apa-apa lagi. Selalunya Cik Anis ni sorang ja suka request. Yang lain-lain ingat pun tak birthday diorang. hihi. 

Besides, July ni kan give me too many memories. Malas la nak kongsi. Let bygone be bygone. Open a new book, start your new journey. Ignore others, just be yourself. Don't make enemies, but make many friends. 

By the way, tadi terbaca la balik mesej-mesej with someone who hurt my heart. Gelak punya gelak, last-last nangis. Lepas tu gelak balik. Lepas tu nangis balik. Sedar-sedar, diri dah macam orang gila. Dah la demam, pas tu boleh pulak dok buat emosi tak menentu. Nanti dok elok-elok, orang cakap sebab demam panas sangat, otak dah terganggu. haha. 

Happy gila hidup dulu-dulu compare dengan sekarang nih. Rasa nak p Jepun jumpak Doraemon and mintak pinjam laci rentas masa yang Nobita punya tu nak balik zaman 2,3 tahun lepas. Rindu semua moment tuuu. Nak perbetul balik semua problem yang ada. Nak holiday macam hari tu semata-mata nak p jumpak someone important in my life. hmm. Imagine teruk tahap hujan naga kepala tujuh.

Arghh. Otak stuck, cramp, freeze, semua cukup. Teman dah tak boleh nak pikior. Daaa.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Sunday, 23 June 2013

Nisfu Syaaban


Subhanallah!!!
Astaghfirullahala'zim. Bersyukur Ya Allah sebab masih diberi kesempatan untuk melihat kebesaran-Nya. Alhamdulillah. Bulan mengambang dalam malam Nisfu Syaaban. Nak tahu apa benda alah Nisfu Syaaban tu? Meh kite nengoknyer.

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Dalil
Diriwayatkan daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."

Malam Pengampun
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
Musyahin menurut tafsiran Imam al-Auza'i bermakna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad S.A.W).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani': Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi S.A.W, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya."
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah r.a berkata: "Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah S.A.W, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda S.A.W di Baqi' sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda S.A.W bersabda: "Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?" Aisyah r.a berkata: "Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain."
Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: "Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud a.s "Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya."
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: "Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka."
Daripada Abu Darda' r.a, bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
"Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim."
Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dari Aisyah r.a. yang menjelaskan perginya Rasulullah S.A.W ke Baqi' dan turunnya Tuhan pada Nisfu Syaaban ke langit dunia, mengampunkan dosa-dosa manusia sekalipun lebih banyak dari bulu kambing biri-biri Bani Kalb. Namun dikatakan sanad hadis Aisyah ini lemah dan terputus.

Doa Dikabulkan
Abu Sa'id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, "Wahai Abu Sa'id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah S.A.W, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda S.A.W."
Berkata Abu Sa'id r.a, "Apabila Rasulullah S.A.W keluar solat Subuh, Baginda S.A.W akan membaca: "Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku."
Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W berkata kepada Aisyah: "Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu, wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda S.A.W kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, "Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?" Saya berkata, "Ya." Baginda bersabda, "Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril a.s. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud."

Dah cukup dah info pasal malam Nisfu Syaaban? Oh, btw info-info ni Gee just kopipasta dari Wikipedia. Gee pun learner jugak. So, that's it. Assalamualaikum.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Honest

Annyeong!

Termunculnya saya disini adalah untuk membincang topik JUJUR or HONEST.

"All you need is to be honest!" Why susah sangat nak berterus terang? Why nak main tarik tali? Why you need to seek help from other people if you wanna know anything about me? Cruel la you ni. Suka buat iolls tertanya-tanya tau. Mencik ah macam ni. (hihi. Gedik, I know)

Gee pun tak tahu apa yang merasuk fikiran Gee sampai nak sohsehsohseh pasal topic ni. macam waste of time je kan? But, what-so-ever. Korang tak suka? Gee nak tulis jugak! Bluekkk!!! 

Hmm. Sebab musabab why tetiba si ceco'ot burung hantu ni nak bincang pasal topic ni maybe ada kaitan dengan diri dia kottt. Guess what! I hate bila saya cakap and saya sendiri tak faham! Dah la ayat tunggang-langgang. Argh, menyampah. 

Ok, get in the line k. Honest? Why nak cakap pasal honest ni? Ok, it is because pasal be honest ni punya hal la otak Gee berpusing 360 darjah. Sakit jiwa weyyy. Kepada hamba Allah yang mengenali diriku (aicehwah, ayat skema, kopipasta dari kamus dewan bahasa dan pustaka) tolongla be honest with me. 

Tak payah la nak main tarik tali. Eeii. Tak suka la kalau Gee dok tertanya-tanya ni. Nak buat kerja pun satu apa pun tak jadi tau tak? Gee tak paksa, take your time but at least give a hint k.

Argh, nothing much to say. 



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Stalker

Annyeong!

Hmm. Actually, tak tahu nak post apa pun. Tetiba klik dekat new post and taip ikut jari ni nak bergerak je. So, bila dah main ikut je jari ni nak menekan-nekan, makanya my handwriting pun jadi caca marba la. So, kalau tak paham apa yang cuba disampaikan oleh Gee pada hari ni, jangan la dok buat muka pelik, pas tu kening berkerut 360 darjah k. ihik.

Haa. Perenggan kat atas tu siap 40 minit sebelum perenggan kedua ni. Nak tau kenapa lama sangat nak siap perenggan pertama tu? Acutally, perenggan tu ambek masa 4 ke 5 minit je nak siap. Yang boleh jadi lama tu, Gee pi mandi dulu. Bangun pukul 12 tengah hari. Sedar-sedar matahari dah terpacak atas kepala. hihi. Biasala kalau student U dapat cuti. Tidur tak hingat apa dah.

While mandi tadi kan, Gee menyanyi. Singer terbaik niii tapi dalam toilet je la. ihik. Sambil nyanyi, sambil berfikir, "apa sambungan blog aku tu eh? nak cita sai apa?". So firkir punya fikir punya fikir, last-last terciptalah tajuk kat atas tu.

What? Stalker? Apa kena-mengena pulak dah dengan stalker ni? Haa. Ni nak cerita la ni. Gee sekarang dah jadi stalker. Stalker? Apa benda alah stalker tu? Stalker tu something like macam we wanna know someone's life, we will look for his/her data. Full data about him/her k. 

Gee stalk "someone" yang Gee baru kenal. Actually, stalk "someone" tu untuk housemate Gee. Housemate Gee ni TERbekonan dengan "someone" tu. So, she asked for my help to look for that "someone's" info. So, Gee pun sohsehseohseh sampai tetengah malam dok cari pasal "someone" tu. Last-last jumpak. Interesting jugak pasal "someone" tu. Dari dia baby sampai dia besar, dari tok tokwan dia sampai ke adik-adik, sepupu-sepupu, mak-mak sedare, pak-pak sedare, tok-tokwan sedare, semuanya Gee korek habeh.

Hihihi. Kejam tak? Gee ni jenis kalau dah start selidik, Gee akan selidik kaw-kaw punya. Memang tak kasi chance untuk hidup lah. huahuahua. So, bila dah soal silisik, stalk sana stalk sini, hendap kot sana hendap kot sini, last-last siap sepenuhnya information pasal someone tu. Dari tulisan ke gambar. 

Rasa puas hati la bila berjaya. Nombor IC dia, nombor phone dia, alamat dia, semua dalam genggaman Gee. HAHA. Ni kali kedua gee stalk orang. Yang first dulu Gee ada dalam blog Gee yang dulu-dulu tu. But now malas nak ingat balik sebab menyakitkan hati JE! 

Ok la, takde mood dah nak beceloteh. 



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Nasihat-nasihat yang boleh diguna pakai

Nasihat untuk orang yang sedang bercinta :

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar bersahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau mencintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
Nasihat untuk orang yang putus cinta :
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan Penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.

Nasihat tentang perjalanan hidup orang bercinta :

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jika mahu berhenti mencintai seseorang, cukup dengan hanya menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba untuk menutup mata kamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu boleh berubah menjadi titisan air mata dan terus kekal dihati dalam jangka masa yang cukup lama. 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup untuk teruskan hubungan. Jangan sesekali kamu berkata kamu tidak mencintainya lagi sedangkan kamu masih tidak boleh melupakannya.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan, tapi tidak pernah berdendam dan tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan manakala kebencian yang menyelubungi diri hanya akan membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat, tetapi kena Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Itu kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta.

Ada dua titisan air mata yang mengalir di sebatang sungai. Satu titisan air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Kamu siapa pula?". Jawab titisan air mata kedua, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintainya berlalu begitu saja".

Cinta yang sejati adalah ketika Si Lelaki mencintai wanita lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata "aku turut bahagia untukmu". Jika kita mencintai seseorang, kita akan selalu mendoakannya walaupun dia tiada disisi.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan, kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun dikhianati dan kepada mereka yangmempunyai keberanian dan keyakinan untuk mencari kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Jadi kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajr kita untuk menghina diri, taetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi menaikkan lagi semangat kamu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kamu kepadanya.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapaiknya cita-cita maka cinta akan hadir dengan sendirinya.

Cinta seringkali lari bila kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi walaupun ia sedang menghampiri.

P/S : Jangan sesali yang telah pergi, jangan tangisi yang sudah tiada tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan telah pergi.

Post ni special untuk my housemate merangkap bestfriend merangkap mak merangkap sahabat dunia akhirat ~ Siti Norshahira binti Samsol (Dip in Pharmacy - AUCMS)



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Saturday, 22 June 2013

Home Alone - Kucing punya cerita

Annyeong!

❝Sabtu, 22 Jun 2013 - Seorang 'kanak-kanak Ribena' telah ditinggalkan berseorang di Hostel Putra Villas, Kepala Batas, Pulau Pinang.❞

(#artikel hasil kraftangan dari Siti Najihah atau lebih gemar dipanggil Gee. Bukan 'H' ataupun 'I'.)

Hahaha. Meroyan sorang-sorang. Ok, cuti yang Gee sendiri tak hingin nak balik rumah sebab assignment bertimbun dok nunggunye. (Apa yang tunggang-tebalik-telentang-tetungging ayat Gee hari ni?) Ni semua gara-gara kesunyian-kesepian-keseorang la ni. Oh mai! Bosan tahap dewa.

Okay, bukan pasal kesunyian ke, bersendirian ke, hape ke yang Gee nak cerita. Actually, Gee ada story yang baru beberapa minit lepas terjadi. 

Tadi, Gee sedap dok berchatting dengan adik kesayangan pujaan ramai malaya tetiba pintu "knock, knock,knock". Gee pun something like macam pelik la. Asking myself "who's knocking the door? Takkan abang MD kot? Takkan Ira kot? Ira cakap balik petang. Kalau adik dengan kakak lagi la IMPOSSIBLE! sebab diorang nak tidur kat rumah diorang. Kalau tertinggal barang, takkan sampai sanggup nak patah balik, kan?" After thinking something unnecessary for a few minutes, then I walk down the stairs and open the door and I saw someone covered in a towel. And I'm like "what the fish! who the hell is this?" 

And the very suprising thing is, it is 'ustazah'. Jyeah! I know her name but I won't publish it. She usually wearing a niqab or purdah but this time (for the second time actually) she only wore singlet and kain batik and her hair was covered by a blue, big towel. Hey! Where is your niqab? Kalau nak on off pun agak-agak la cik kak! I didn't mean to embarrass her but it's totally annoying! Macam hypocrite pun ada.

Okay, end of her niqab issue. Now, kita talking-talking about the title pulak. Kucing? What happen with "kucing"? The reason why I'm mentioned about ustazah tu ada kaitan sikit la dengan kisah "kucing" ni. Ustazah tu knocking my door just wanted to ask for my help. My help? Help what? Help to save her kitten. Damn! Once again. Muka Gee ni macam muka "kitten savior" ke? Hari tu mintak tolong jadi bidan kucing dia nak beghanak. After that kena ubah benda alah berbulu tu keluar dari laci almari pulak. Yang Si Kucing tu pun pandai ya amat. Nak beghanak dalam laci. Kan dah menyusahkan. 

Yang paling menyayat hati is Gee alah dengan kucing. So bila dah gatai pi betenggek dekat dengan kucing, mata ni mula la nak dipisat-pisatkan. Gatal tu kalah kena gigit dengan kerengga. Pedih pun ada rasa sikit. And then it's getting swollen. Bila tunduk je, rasa mata macam nak tercabut keluar. Sakit kepala semua dia angkut sekali. 3 hari mata ni tak boleh diguna pakai.

And now, Si Ustazah tu suruh tolong kucing dia lagi??? Omaigad! Nak bagi mata I ni tercabut terus ke hape? Tak berperikemanusiaan langsung. Tapi, whatever! Malas nak pikior. So, Gee pun pergi lah tolong kucing kesayangan dia tu. Rupa-rupanya anak-anak kucing tu terperangkap di dalam rumah yang penghuni dia baru pindah. Penghuni tu pulak lecturer AUCMS. Pintu kunci and sebelah pintu ada sliding door and sliding door tu kena cover dengan pagar besi and pagar besi tu kena cover dengan mosquito net yang tutup tingkap punya tu. Habeh tu nak masuk ambek kitten tu macam mana?

Mosquito net tu terbukak sikit and kitorang just sumbat ibu kucing a.k.a KK masuk kot lubang pagar tu je la. KK pun masuk lah mencari anak-anak dia. Yang anak-anak dia pulak dok mengiau-ngiau tak berenti. Yang KK cari anak dia tak jumpak. Yang kitorang terpekik-pekik dari luar suruh KK cari anak dia macam KK tu faham human language. Useless. 

Geram punya pasal, Gee rentap je la mosquito net tu. Lepas tu masuk tangan kot celah-celah pagar tu and bukak kunci pintu tu dari dalam. Haish! Tak pasal-pasal iolls jadi penceroboh rumah orang tau gara-gara kitten-kitten tu. Yang tuan rumah tu pun samdol! Ekau nak pindah ke, nak hape ke, yang ekau pegi kurung anak-anak kucing tu apesal? Hadoiii. Macam-macam masalah betul. 

Bila dah menceroboh tu, kitorang start la mencari-cari baby KK. Rupa-rupanya ada dalam store ketiga-tiga baby tu. Kesian gee tengok. Dah la baru umur 2 minggu lebih. Kurang kasih sayang seekor ibu pulak tu. Hmm. Macam-macam laa. 

Bila dah dapat baby-baby tu, Gee cepat-cepat lari tinggalkan rumah tu. First, takut mata iolls bengkak lagi. Second, sebab takut pakcik guard nampak kitorang sneak into that house. Third, sebab Gee dah tak sanggup nak bersubahat lagi. 

Begitulah ceghitenyerrr. Thrill tak? Eleh, bajet je Gee ni kan? haha. Whatever! K lah, nak menunaikan suruhan yang Maha Esa. 



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Future?

Annyeong!

Ok, as a student, obviously you'll have a lot of task a.k.a assignment. hwaa. Nak nangis je ghase bila terpikirkan assignment yang banyak. Katil pulak menarik-narik seperti graviti bumi. (bed : the world's largest gravity) Sebab largest gravity punya pasal la yang petang tadi tidur sampai tak hingat ke dunia. Tersasar waktu asar and almost nak terbabas waktu maghrib. Kalau hari-hari macam ni, boleh mati kejung den. Stressnyaaa. Actually, assignment tak banyak mana pun tapi saja suka diperbanyakkan. hihi. 

But alhamdulillah la, even dok tangguh-tangguh-tangguh tapi Gee submit jugak sebab lecturer-lecturer semua bertimbang rasa (ada extra mark disitu. ihik) Ye la, lecturer bagi assignment and suruh submit dalam masa one week tapi Gee ambek kesempatan nak yakyakye. Last-last kena buat last minute and tak cukup masa, pas tu boleh la dok merengek-rengek meminta simpati dari lecturer-lecturer untuk extend due date tu. hihi. Tapikan, lecturer Gee ni kan best namratuspatblasribu kali ganda dari lecturer-lecturer yang wujud dimuka bumi ni. hihi. Bila ada test lagi sehari or dua hari and kitorang tak cukup time nak study + revision + tutorial, lecturer mesti akan extend masa study tu sampai tiga ke empat hari. So, tak la terkejan-kejan sangat kan nak study bende alah bebagai.  Syukur alhamdulillah. 

Tapi tu la, Gee tak pandai nak menghargai. Dah bagi betis, nak peha lagi. Bila dah dibagi muka, Gee mengada-ngada. Tak pernah nak serious. Macam mana nak dapat kejayaan kalau asyik macam ni. Belajar nak cara sempoi tapi semua hancur. 

Before further study, dok kat rumah, kepala otak dok memikir pasal buku je sampai beli novel sebulan je dah dekat 50 buah. (novel pun buku what?) Tapi bila dah masuk alam university ni, Gee rasa macam nak quit je sebab dah stress ngadap buku-buku yang tebal ya'ado! Buku je tebal tapi topic yang kena review tu banyak cinonet je. Saja suka buat teruk 360 darjah. haha. 

Btw, course Gee ni course baru dekat AUCMS. Gee baru batch ke-3. So, nothing much to do la. Besides, bawah Gee ada dua ke tiga batch something like that la. Bila student-student medic tanya, "Gee ambek course apa?". Haa. Dengan bangganya Gee akan jawab "Course Business". Bila dah jawab soalan cepumas tu, confirm-confirm la Gee nak tengok reaction diorang tu macam mana. Bekerut-kerut muka, kening, mulut, hidung ni ha punya nak tengok reaction diorang. Sumpah lawak bila masuk part ni. Muka diorang pelik habeh. Sometimes ada yang melopong mulut. huahuahua. (eh, jap jap. Lawak ke bila cakap ambek course business? Or business ni akan menyebabkan ramai yang akan terkena heart attack?) But sometimes, ada yang tanya "business? Ada ka course tu kat AUCMS ni?". LOL! Speechless aku dengan soalan kau! Nampak sangat kau ni macam monyet dalam hutan! Tak tahu apa pun yang jadi kat sekeliling kau. Nak bajet focus pun jangan la sampai tak tahu apa-apa langsung!

But mostly, bila Gee cakap Gee ambek course business, mesti akan ada orang yang akan muat muka seposen and siap cakap, "eleh, business je pun. Calculation je. Baca pun citco'ot je. Lain la ambek medic, banyak benda nak kena buat". Hoi! Business kau cakap citco'ot je? Mari masuk kelas kami dulu, baru comment citco'ot ke, cinonet ke, cenonot ke, ape ke. Sesedap tekak hijau kau je kan? Business tu lagi stress tau tak even korang boleh relate dengan situation disekeliling korang. Kurang gula betul. 

Between business yang Gee tengah hadap sekarang dengan science yang Gee belajar dulu and yang Gee tengok housemate Gee yang Pre-med ni tengah study, Gee rasa science lagi best kot sebab... sebab... sebab... Gee sendiri pun tak tau. Tapi yang pasti dijamin halal 100% adalah science lagi best. Science is the best. Gee tak cakap Business tak best, tak ok. Gee just dah bosan dengan business-business bebagai ni. Dengan family pun business. Further study pun kena hadap business. Business ni Gee suka, but for this time being, Gee rasa macam nak jauhkan diri sikit dari benda yang berkaitan BUSINESS!!!

Tapi, nak buat macam mana kan? Dah ditakdirkan hidup Gee dalam bidang perniagaan. Science tu hanya minat. Hati Gee tak boleh dimasukkan dengan science TAPI business pun Gee tak boleh masuk jugak. Sakit pale! Oh my mummy! What happen to your daughter ibu? What happen to her? She can't decide her future. She can't decide what will she be in the next year or the next-next-next years. 

Dah la, dok merepek tetengah malam merangkap pepagi buta ni. What will happen to me, let Allah decide it. We are able to plan anything but ALLAH s.w.t who decides or determines everything.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Wednesday, 19 June 2013

Lee Min Ho Global Tour in Malaysia 2013


Annyeong haseyo!

Miyanne for the second entry in an hour. Mesti korang rasa semak tengok entry Gee terpalit dekat news feed korang kan? But, what-so-ever! ihik. As you can see the picture above, there is only 10 days left for Lee Min Ho Concert. hwaaa T_T. Nak pergi tapi tak boleh sebab dah nak dekat final exam, so tak boleh nak enjoy-enjoy sangat. Sadis. 

Aww, he's so hansome mehhh. Cair mair Gee tengok his smile. Tergoder gitu. But, I think I boleh pegi kot sebab end of this month, Bapak Gee nak pegi KL and he's heading to Kenanga Mall to buy something. So, I can take the advantage to go there. (weyh! awat ayat skema semacam?) 

Dah la Lee Min Ho ni susah nak jengoi mai Malaysia. Sekali mai, susah pulak cek nak p jumpak. Haish! Masalah betoi la! Dah la dulu Justin Bieber mai KL pun Gee tak leh nak p sebab tengah exam time tu. Exam ni menjadi batu penghalang betoi laaa...

Duit tiket tak kisah harga dia berapa pun. Yang menjadi penghalang rintangan melanda adalah hari. Hari dah nak dekat exam, so cannot enjoy-enjoy anymore. Whatever it is, I hope nothing bad happen in his concert. Amin.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Beginner

Annyeong!

Ha! Nampak bende alah kat atas tu? Tu namanya volleyball. Gee beginner in this game. Itu semua pun sebab terjebak dengan hasutan adik-adik angkat terangkat kesayangan merangkap housemate Gee yang baru menubuhkan club ni la. Kira diorang ni founder VolleyBall Club untuk AUCMS la. ihik. Bangga ada adik-adik macam ni. Comel katenyer! hahaha. So, bila dah terbentuk terhasil malah tercipta (perosak bahasa betul) makanya, hari-hari diorang yang dah fropesional ni haruslah menunjukkan skill-skill yang terpendam dengan mengajar kitorang-kitorang termasuk iolls main bende alah ni. 

First time main agak memalukan la sebab bola tu macam tak fully cooperate dengan Gee. Sengal betul! Asyik nak tersasar memanjang. Masuk longkang la, masuk side surau la, terlepas pagar la. Ha, bila terlepas pagar masuk kawasan surau, Gee la jadi mangsa nak memanjat pagarnyer. Bagi pecah baru tau kang. Selamatlah Gee ni masih ada nilai-nilai berperikebolaan. Kalau tak memang innalillah dah bola tu. 

Hadoi. Masalah betul, sampai dengan bola pun Gee nak emo bebagai. hahaha. But now, alhamdulillah Gee dah semakin pandai main. Just now (pukul 7p.m) kitorang main volleyball tu. Firstly target 20/20, then target 50/50 but finally dapat 56/50. Giler kentang! Syiok ah! hahaha. First time kot Gee lepas target. Actually bukan Gee sangat pun. Mostly adik-adik kesayangan plus seorang kakak kelate yang comey lote yang pandai control bola tu. Insyaallah bila main lama-lama nanti, Gee ok la. Mana kita nak tau, kot-kot boleh jadi fropesional jugak macam adik-adik iolls tu. ihik. Oh btw, lupa nak mention adik-adik kesayangan Gee tu. 

1. Nur Fathihah (kakak)
2. Nur Fadhilah (adik)
3. Noraisyahfiqah (echaa)
4. Aira Dyana
5. Hazwan (abang long)
6. Alif Lammim (mim)
7. Aliff Haziq
8. Amirun Syazwan (yun)
9. Nurfathiha (kak tiha)

Kakak dengan adik tu twin. One and only twin in AUCMS (I guessed). Kakak, adik, echaa, aira, abang long, mim, aliff & yun sebaya. Diorang ni 18 years young. Me, 19 years young and kak tiha is the oldest one. She's forever 21. hahaha. Suka kawan dengan diorang. Happening memanjang sampai pening. hahaha. Dalam VolleyBall Club, abang long ni president sebab dia lah yang paling pro cuz dah pernah mewakili negeri kot (I guessed). And the shockest thing is kakak listkan Gee as EXCO Penaja. Hey! I taja apa? hahaha. Macam-macam la diorang ni. Main isi form je. Janji penuh list. hahaha. 

Bila main volleyball ni kan, semua problem yang dok tergantung terjuntai dalam kepala otak ni berkurang. Sebab time main kan, Gee dah tak fikir apa pun dah. Ingat nak hentam bola tu cukup-cukup je. ihik. Tapi bila dah stop main, timbul satu masalah la. Bukan mengurangkan lagi. Time main je kurang. Habis main bertambah sebab habis satu badan sengal-sengal. Tangan jangan cakap la. Memang merah kaw-kaw punya. Lenguh baq hiang! hahaha. Bila main tak ingat dunia. Jatuh tertungging, terjunam, terlentang dah tak fikir dah. Ingat nak score target je. Tapi lepas main, mulut tak beghenti mengadoi. Sengal giler kan?

Btw, nak main volleyball ni kena ada step tau. Bukan main ghedah je except kalau korang nak digging (main dalam bulatan). Nak tahu step-step nak main volleyball? Okay, moh kita nengoknyer.

Part One: Prepare for the Game

1. Purchase a volleyball. The best volleyballs are made of leather or synthetic leather. Also, the ball should have an inner bladder made of rubber.

  • For indoor volleyball, choose a ball that is well-pressurized. Also, look for a ball that is a light uniform color.
  • For outdoor or beach volleyball, choose a brightly colored volleyball that will be easy to see in the sunlight.
2. Buy a net. Make sure that the supports for your net are made of galvanized metal or treated wood. Also, consider padding the poles to protect the players.

  • An official net measures 32 feet (9.75 m) long and 39" (1 m) high.
  • If you're playing outdoors, dig a hole at least 3' (about 1 m) deep for the poles. If you want your court to be permanent, pour concrete into the holes before you install the poles.

  • 3. Measure your court. An official volleyball court is 29 feet 6" (9 m) wide and 59 feet (18 m) long.

    • Use spray paint or bright nylon tape to mark the boundaries of your court. The lines should be approximately 2" (5 cm) wide. Alternatively, you can use the line markers that came with the net that you purchased.
    • Your court should face north and south as opposed to east and west. This orientation ensures that no team is ever looking directly into the sun.
    • If you're playing an informal game, you can simply mark the boundaries with some shoes or any other items that you have laying around. Don't worry about exact measurements; the point is to have fun while you're playing.
    4. Choose your players. Ideally, you want at least 6 players for a competitive game.

  • You should have 1 to 3 rows of players, with the first row closest to the net and the back row closest to the rear boundary of the court.
  • The player in the back right corner will serve the ball. You can rotate players around the court so that you will have a new server for each service game.


  • Part Two: Learn the Shots

    1. Practice your serve. An basic serve gets the ball over the net and into the other court to start the point.

    • More experienced players can try an overhand serve.
      • Toss the ball in front of you.
      • Make a fist and raise your dominant hand in the air. Bend your elbow to bring your hand closer to your shoulder.
      • Straighten your elbow and strike the ball with the outside of your fist.
    • Less experienced players can serve underhanded.
      • Toss the ball up into the air in front of you.
      • Make a fist and pull your dominant hand down and to the side. Your elbow should be slightly bent, and your thumb should be stretched across your fingers.
      • Strike the ball at waist level using the front side of your fist. The ball should hit your fist against your bent thumb and index finger.
    2. "Bump" the ball. This is the most commonly used shot for returning a serve.

  • Make a fist with your left hand. Then, wrap your right hand around your left fist. Both thumbs should be flat against the top of your hands with your thumbnail facing upward.
  • Rotate your elbows until the flat side of your forearm is facing upward. Your arms should be straight out in front of you at a slightly downward angle, and your elbows should be locked.
  • Move so that the ball is directly in front of you. Stand with your feet shoulder width apart and wait until the ball is at the same level as your waist.
  • Allow the ball to strike your forearms about 2 to 6" (5 to 15 cm) above your wrists. Use a shrugging motion to propel the ball upward and angle your forearms in the direction that you want the ball to go.

  • 3. Practice setting. Typically, you will not set the ball on the return of serve. Instead, you will use the set to get the ball into the air so that another player can bump it or spike it.

    • Hold your hands in the air and curve them into a bowl shape. Place your feet shoulder width apart, and bend your legs slightly.
    • Hit the ball with your fingertips when the ball reaches eye level. Push upward with your legs as your strike the ball.
    • If you slap it with the palm of your hand, in a real game, that will be called out for "lifting," like you actually caught the ball and just lifted it back up. push with your legs when you set.
    4. Know how to spike.

  • Approach the ball and lift your dominant hand. Your hand should be curved into the shape of the ball, and your elbow should be bent.
  • Jump up and strike the ball with your palm. Reach as high as you can for maximum power. The ball should travel over the net but sharply downward so that it is difficult for the other team to return.


  • Part Three: Play the Game

    1. Serve the ball from behind the line at the back of the court. The ball has to go over the net, and it has to land within the court for the serve to be good.

    2. Return the ball if you're on the receiving team.

    3. Continue hitting the ball back and forth across the net until 1 of the following happens:

  • The ball hits the ground.
    • If the ball hits the ground on the side of the serving team, then the other team has the opportunity to serve.
    • If the ball hits the ground on the side of the receiving team, then the serving team can serve again.
    • The point is awarded to the team that did not allow the ball to hit the ground.
  • The ball goes out of bounds. The team that hits the ball out of bounds loses the point.
  • Someone touches the net. If a player on 1 team touches the net, then the opposing team picks up a point.
  • Someone's foot goes under the net. When this happens, the opposing team receives the point.
  • Someone hits the ball 2 consecutive times. Players can't strike the ball twice in a row.

  • 4. Serve the ball again. The team that won the last point gets to serve the ball.

    5. Continue playing until you reach a threshold. You can decide how many points you will allow for each game. For instance, you can start a new game when a team earns 15 points.


    Tips


  • Always be aware! You never know when the ball might fly towards you.
  • You can also wear knee pads so that you can hit the ground without hurting your knees.
  • Keep water handy!
  • If you don't have a coin to flip to decide which team will serve initially, you can also "volley for serve." To do this, have a player in the front row gently toss the ball just over the net to a player on the opposing team (in the front row). Continue the volley, and the team that wins the volley takes first serve.


  • Warning!

    • Without a proper warm up, you could get injured. Make sure you stretch your legs and arms before playing.

    Okay, faham? Tak faham, korang repeat balik. Baca sampai faham. Gee dah tak tau nak explain macam mana. Pandai-pandai korang la k. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut dan lebih mendalam, sila tanya Pak Cik Google yang terhormat k. Annyeong gaseyo! ^^~



    I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!