Sunday, 23 June 2013

Nasihat-nasihat yang boleh diguna pakai

Nasihat untuk orang yang sedang bercinta :

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar bersahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau mencintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
Nasihat untuk orang yang putus cinta :
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan Penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.
Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.

Nasihat tentang perjalanan hidup orang bercinta :

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jika mahu berhenti mencintai seseorang, cukup dengan hanya menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba untuk menutup mata kamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu boleh berubah menjadi titisan air mata dan terus kekal dihati dalam jangka masa yang cukup lama. 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup untuk teruskan hubungan. Jangan sesekali kamu berkata kamu tidak mencintainya lagi sedangkan kamu masih tidak boleh melupakannya.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan, tapi tidak pernah berdendam dan tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, di situ ada kehidupan manakala kebencian yang menyelubungi diri hanya akan membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar, dua mata untuk melihat, tetapi kena Tuhan hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Itu kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta.

Ada dua titisan air mata yang mengalir di sebatang sungai. Satu titisan air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Kamu siapa pula?". Jawab titisan air mata kedua, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal kerana membiarkan seorang gadis yang mencintainya berlalu begitu saja".

Cinta yang sejati adalah ketika Si Lelaki mencintai wanita lain dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata "aku turut bahagia untukmu". Jika kita mencintai seseorang, kita akan selalu mendoakannya walaupun dia tiada disisi.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun telah dikecewakan, kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun dikhianati dan kepada mereka yangmempunyai keberanian dan keyakinan untuk mencari kembali kepercayaan.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Jadi kita harus mengerti dan berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajr kita untuk menghina diri, taetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi menaikkan lagi semangat kamu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kamu kepadanya.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapaiknya cita-cita maka cinta akan hadir dengan sendirinya.

Cinta seringkali lari bila kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi walaupun ia sedang menghampiri.

P/S : Jangan sesali yang telah pergi, jangan tangisi yang sudah tiada tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan telah pergi.

Post ni special untuk my housemate merangkap bestfriend merangkap mak merangkap sahabat dunia akhirat ~ Siti Norshahira binti Samsol (Dip in Pharmacy - AUCMS)



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

No comments:

Post a Comment