Tuesday, 30 July 2013

What is Mine


Diriku..
Hanya untuk sendiri,
Bukan untuk disayangi,
Bukan untuk dicintai,
Bukan untuk dimiliki;
Apa yang diperlukan hanyalah pendidikan,
Apa yang diinginkan adalah kejayaan,
Apa yang diperlukan hanyalah keredhaan,
Apa yang diinginkan adalah pendirian;
Kasih sayang?
Hanya dari ibu bapa,
Hanya dari keluarga,
Hanya dari teman-teman;
Kasih sayang?
Bukan dari kekasih,
Bukan dari skandal,
Bukan dari 'crush';
Bila..
Bila ingin bercinta?
Bila ingin ketemu bahagia?
Bila ingin mendirikan rumah tangga?
Akan tiba masa..
Akan tiba masa untuk aku bercinta,
Akan tiba masa untuk aku ketemu bahagia,
Akan tiba masa untuk aku mendirikan rumah tangga;
Semua masih awal,
Semua terlalu awal;
Hanya perlu bersedia,
untuk mengecapi hari yang akan tiba;
Hanya perlu bersedia,
untuk menggapai bintang-bintang diangkasa;
Hanya perlu bersedia,
untuk mencapai cita-cita;
Kenapa menolak?
Kerana aku belum bersedia,
Kerana aku perlu berjaya,
Kerana aku harus percaya;
Hidupku hanya milik si Dia,
Hidupku ditulis oleh Dia,
Dia penentu segalanya;
Dia yang maha Esa,
Segala yang ku lakukan hanya untuk Dia;
Dia yang maha Pemurah,
Segala rezeki yang ku terima datang dari Dia;
Dia yang maha Pengampun;
Segala kesilapan ku minta ampun dari Dia;
Puisi ini lahir dari hatiku,
Puisi ini menerangkan isi hatiku, 
Puisi ini adalah penting bagiku.


Annyeong!

Puisi? Why tetiba tulis puisi? Mintak mangap kalau karyaku ini tersangatlah teruk sehingga menjulingkan mata anda bila membacanya. Mintak mangap jugak kalau hasil penulisanku ini tunggang-langgang. Kalau A. Samad Said tengok confirm dia pengsan. hahaha. 

Apa yang ada dalam puisi ni semua berkisarkan tentang diri Gee. Apa yang Gee nak and apa yang Gee taknak. Alah, sonang jo nak paham eh. Bukan ayat bungo-bungo pun. Somuo tobontang dopan mato ha. Den tak qoti nak tuleh ayat bungo-bungo yang momusing ligat sampai susoh eh nak baco. 

Maksud dia simple je. Kalau faham kira A+ la Gee bagi. Kalau tak faham, mintak tolong librarian ke, makcik kantin ke, makcik cleaner ke, sape-sape pun lah tolong explain kan. Entahlah kenapa tetiba Gee nak tulis puisi. Dah lama tak karang ayat macam ni. Rasa rindu kot, mungkin. 

Hidup, telah ditulis, tapi ditentukan oleh kita. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Pening? Harus! Kenapa? Lumrah hidup. Ditanya kenapa tulis puisi? Eh, ikut suka la. Dah rasa nak luah perasaan hati dalam bentuk puisi. So, puisi la haku bagi. 

Enough! Cukup! Sampai disini kita berseloka. Sampai disini saja kita bercerita.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Monday, 29 July 2013

Heaven!

Annyeong!

Hey there! Ingat lagi tak before this Gee ada mentioned yang final exam Gee 12/08/2013. 4 days after raya. Sedih kan bila dengar tarikh tu? Tak boleh nak enjoy. Tak boleh nak buat hape pong! Tapi, tadi dekat kelas ada surprise words yang buat Gee rasa nak lari keliling block A Waziria tu. haha. Apa? Exam cancel? Mahu gile terus aku macam Esah 50sen kalau exam cancel. haha. Yang sebenar-benar-benarnyerr adalah - date extended.

Boleh baca tak 2 perkataan tu? Is it clear for you? hihi. Ha, heaven gila dengar 2 perkataan tu. Takde la nak terperuk macam kongkang sorang-sorang dalam bilik tu dok hadap buku bila raya nanti. Cemuih arrr. So, this week is a last week before study week. (Dey! berapa banyak week kau nak tulis hahhh??) Minggu ni pun macam kosong saja bak kata lagu Najwa Latif. Mau tak kosong, semua syllabus dah selamat dikhatamkan. So masuk dalam kelas taktau nak bincang pasai apa.

Minggu ni tak besttttt. Tolong la bagi kami cutiiiii. I need a very long holidayyy. Rest tak cukup langsunggg. Hadoimakkk. Boleh mati kejung aku kalau hari-hari macam ni. Dah la balik rumah sendiri pun tak boleh nak rest. Kena pi hadap kedai. Kalau tak turun sekali, kerja satu apa pun tak jalan kalau tinggal kat pekerja. Nak kita jugak campoq tangan. Pergi kedai pukul 9.30a.m, balik pukul 2a.m. 2a.m means 2 pagi bukan 2p.m yang 2 petang tu. Kalau 2p.m takpa, heaven jugak nak spent time atas katil. Ni balik pukul 2a.m. Letih weyyy. 

Eyebag pun dah teruk gila vavi dah ni. Kalah mata panda. Panda tengok pun terkejut. Dari nak mengaku kawan, kena reject terus dengan Mr. Panda tu. haha. Dia pun kata "hok ni buke kawe punyo saing. Dok molek langsung mate die". haha. Hadoi dah melalut dah ni. Ni semua gara-gara tak cukup tidur. Hoyeah! Byei-byei.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

A Lot of Baju Raya for this Year

Annyeong!

Okay girls, let's talk about our "baju raya". This year, Gee beli 5 pasang baju raya. hihi. Tu only baju kurung. Baju merepek meghaban tak shopping habeh lagi. hihi. Okay, ni list baju raya Gee.

1. Jubah (purple)
2. Baju kurung Johor with mermaid skirt (peach)
3. Baju kurung cotton (blue black)
4. Baju kurung Johor cekak musang (light brown)
5. .......................................................................... Baju kurung by JOVIAN MANDAGIE (peach)

Okay, yang last sekali tu paling special. Serious I like, uolls. Sumpah lawa. Ha, tercapai jugak nak beli baju Jovian Mandagie. haha. Peach colour lagi tau. Nak tengok design baju kurung lain by Jovian Mandagie? Meh scroll down.
This time semua bertemakan Orchid. Actually, orchid is one of my favourite flowers. That's why bila dapat tahu yang Jovian Mandagie design baju kurung for raya bertemakan orked, Gee jadi macam kera kena belacan. ihik. Suka sangat.

Name : Oana Green 
Colour : Mint Green
Garment Material : Synthetic Lace & Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM260.00)

 Name : Odelle Mint 
Colour : Mint
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM199.00)

 Name : Odelle Green 
Colour : Mint
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM199.00)

Name : Odessa Mauve 
Colour : Mauve Pink
Garment Material : Polyblend Crepe
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

 Name : Olana Grey 
Colour : Cement Grey
Garment Material : Polyblend Satin & Printed Polyblend
Wash Care : Dry Clean
(RM260.00)

 Name : Olena Mint 
Colour : Mint Green
Garment Material : Polyblend Crepe & Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM240.00)

 Name : Oletta Green 
Colour : Aque Green
Garment Material : Polyblend Printed Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

Name : Olga Grey 
Colour : Cement Grey
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM240.00)

 Name : Olive Peach 
Colour : Peach
Garment Material : Polyblend Crepe & Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

Name : Olivia Grey 
Colour : Warm Grey
Garment Material : Polyblend Crepe & Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

 Name : Olsou Mint 
Colour : Mint Green
Garment Material : Polyblend Printed Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

Name : Olsou Peach 
Colour : Peach
Garment Material : Polyblend Printed Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

 Name : Olsou Teal 
Colour : Teal
Garment Material : Polyblend Printed Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

 Name : Omara Aqua 
Colour : Aqua Blue
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM240.00)

Name : Omara Lilac 
Colour : Lilac
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM240.00)

Name : Oofa Aqua 
Colour : Aqua Blue
Garment Material : Polyblend Crepe & Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM240.00)

 Name : Oofa Pink 
Colour : Primrose Pink
Garment Material : Polyblend Crepe & Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM260.00)

Name : Oreena Pink 
Colour : Mauve Pink
Garment Material : Synthetic Lace & Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM260.00)

 Name : Osha Mint
Colour : Mint Green
Garment Material : Polyblend Printed Satin & Polyblend Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

 Name : Osha Peach 
Colour : Peach
Garment Material : Polyblend Printed Satin & Polyblend Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

 Name : Ova Emerald 
Colour : Emerald
Garment Material : Polyblend Satin & Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

Name : Ova Lilac 
Colour : Lilac
Garment Material : Polyblend Satin & Chiffon
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

 Name : Ovana Metal 
Colour : Metal Blue
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM300.00)

Name : Ovana Purple 
Colour : Iris Purple
Garment Material : Polyblend Satin
Wash Care : Dry Clean
(RM280.00)

Teka yang mana satu baju Gee?? hehe. Baju Gee "Oofa pink". Suka sangat design baju tu. Simple. Tak banyak crumple-crumple yang semak-semak tu. Tak berbelit sana-sini. Just SIMPLE. Warna lembut and sedap mata memandang. 

Firstly nak ambek "Olivia Grey". "Olivia Grey" ni maxi dress. Simple jugak la and senang nak sarung. Tapi bila sekali ambek size 'S' pun dah besar gedabak siap panjang meleqek, memang cancel terus la. Dah la kita ni jenis katik. Lepas tu nak ambek baju "Olive Peach". "Olive Peach" ni pun sepesen maxi dress jugak. Bila pikior balik, "Olivia Grey" pun maxi + besar + labuh, confirm-confirm la yang "Olive Peach" ni pun lebih kurang ya ado ja. Hmm. Cancel again. Lepas tu nak ambek baju "Olana Grey" sebab purple warna feberet. Tapi satu problem yang buat diriku betul-betul hampa. Baju tu cutting peplum. Memang terbatal niat terus. I don't really like peplum. Last pilih punya pilih, "Oofa Pink" ni la jadi pilihan hati.

Iolls ni jenis tak cerewet bab baju. Tapi memandangkan Jovian Mandagie tak TERpikior tentang kewujudan manusia spesis katik macam diriku ini, maka TERtimbullah masalah-masalah dalam pemilihan baju-baju tersebut. Semuanya labuh-labuh. Kita tahu la badan kita macam anak gajah, kecik sikit je dari mak gajah. Kesian iolls tau nak pilih baju fashion designer terkenal tu.

Tapi, alhamdulillah. Last-last dapat jugak baju idaman hati. Simple and adorable. Tak sarat sangat. Just plain. Besides, baju raya yang lain semua dah corak gila-gila sarat punya. Ni kita ambek yang plain pulak. Balance, right? 

One thing yang Gee nak sentuh pasal baju ni is dia punya material. Kain dia Ya Allah punya la soft. Memang comfort gila la bila pakai. Movement kita tak terbatas langsung even dia punya skirt tu pesyen ekor mermaid kan. Kembang semacam je. mihmih. Besides, dia punya material ni majority semuanya from satin. Korang bayangkanlah betapa selesanya kulit korang bila kena satin. Between satin and sutera, of course iolls pilih satin. Sutera ni dengar macam makcik-makcik sikit.

Gee ada satu baju kurung Johor, no pesak and it is made from sutera. Sutera Sarawak I guessed. Agak soft and tak mudah komot. Even hari tu Gee tertunggang sekali masuk dalam washing machine, but still dia punya kain tu tak komot or senang cakap, tak mudah kedut. Still rapi je kain tu. Warna dark brown. Suka jugak la material macam tu tapi suka lagi kain satin. mihmih.

Last but not least, Gee suka warna-warna baju Jovian Mandagie ni. Not too bright. Just sedap mata memandang. Takde la bila duduk dalam khalayak ramai, baju kita ja yang paling menonjol. Rare gitu. Baju dia semua light colour. Senang cakap, semuanya ala-ala pastel color gitu. 

Okay, sudah cukup berceloteh pasal baju raya by Jovian mandagie. Jom kita cari "magnet" kita. 



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Wednesday, 24 July 2013

Demam

Annyeong!

Hwaaa... Cek demam. Every Wednesday ja mesti demam. Hari tu pun demam hari Rabu. Tapi hari tu sampai pengsan-pengsan dalam kelas. Hari ni kuatkan diri. Takut menyusahkan lecturer-lecturer kesayanganku. mihmih. Hari ni, nak prevent from terlampau sejuk, Gee pakai sweater yang gedabak tu. Tu pun still rasa sejuk. Rasa macam nak lari duduk dalam oven ja. Sejuk gila baqhiang. 

And gara-gara sweater gedabak bersize XXL tu, yang boleh muatkan lagi 3 orang yang berbadan besar macam Gee ni, lecturer Gee dah panggil Gee PENGUIN! haha. Sangat kelakar disitu ye. Penguin? Selamat penguin, kalau panggil seal ke gajah ke, mati aku makkk. 

Lepas tu, time balik, naik bas. Abang bas tu keluarkan soalan mintak penumbuk 5 kali. Dia tanya "Dok salji ka?". Damn you abang bas! Selamat la puasa. Kalau tak, dah ku makan abang bas tu hidup-hidup. 

Badan tak panas langsung. Rasa panas kat dalam je. Pedih ulu hati ni. Selalu rasa nak muntah-muntah. Tekak ni merah jangan cakapla. Ya ALLAH, sakitnyaaa. Ok, jangan merungut. Dugaan semua tu Gee. 

Tak sabar nak balik esokkk. Nak jumpak ibu. Nak ibu jaga. Arh, seksanya!



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Tuesday, 23 July 2013

Dream!!!


(Keratan Akhbar Berita Harian - Jumaat, 19 Julai 2013)

Annyeong!

Hmm.. Can you see the picture? Click on it for the enlargement. Hwaaaaa. teruja omakai bila tengok paper ni. Rasa macam nak lompat naik turun dari library masuk HEP sebab bangga dengan U kami sebab dah mengembangkan sayapnya ke London. mihmih.

Tadi balik dari kelas, Gee terus hanyut sebab semalam tak tidur langsung sebab study, prepare for the math quiz. Tidur tadi 4 jam lebih kot, last-last dengar riuh-rendah dalam bilik. Mengganggu ketenteraman betul depa ni. Wait! Nak tahu kenapa diorang bising? Hmm. One of my house mate, Eda (Dip. in Nursing), dah terpilih untuk masuk U kat London tu for 3 months. Alhamdulillah. Congrats Eda. Gee gembira bagi pihak dia. With doa, I hope all of my beloved sisters in this house (PV 1-43-A) will be selected to go there. Amin. 

She goes there by this October. Insyaallah, nothing will happen. No barriers for her to go there to achieve her ambitious. 

Dekat AUCMS ni ada 6 faculty. Each faculty, they choose 50 luckiest students. Now, cerita faculty nursing dah lepas. Tunggu 5 faculty lagi ja nak tau siapa yang terpilih. Hope, I will be selected too. 

Ni yang buat semangat cek berkobar-kobar ni. Okay, ignore semua entry-entry yang Gee cakap buku musuh Gee tu. now, buku dah jadi kawan baik sebab nak p U kat sana. huahuahua. Nampak sangat tiada keikhlasan nak study tu. mihmih. 

Anyway, KAK GEE DOAKAN ADIK-ADIK KAK GEE (kakak, adik, echaa) AND MY ROOMMATE YANG SEBAYA (aeera, qeera, sya) SEMOGA KITA AKAN TERPILIH. AMIN. HOYEAH!!!



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Monday, 22 July 2013

Tak Seseronok Dulu

Annyeong!

Hmm. Mukadimah pun dah lemah. Lemau. Layu. Lesu. Ish, semualah! Sakit kepala fikir pasal final exam. Study dah tak larat nak study dah. Dah bopinau mato den ni ha. Yang tak rabun pun jadi rabun ha. Silau koi meningkat. Haddoiii. Sakit kepala.

Tapi, my ibu selalu pesan, stress macam mana pun jangan sesekali mengeluh. Allah takkan uji umat-Nya melebihi kemampuan. So, setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. First, sabar. Second, ingat ALLAH and kuatkan iman. Third, cari jalan penyelesaian dengan sebaik mungkin.

Okay, get it! Tapi bila dah nak dekat exam ni, dugaan lagi la banyak. Macam Tsunami. Sakit jiwa den ni ha. Tadi, ada test account, and obviously tak boleh jawab sebesar zarah pun. Why? Sebab tak study? Sebab tak prepare? Hadoi makcik pakcik, saya study laaa. Besides, soalan test tu saya dok ulang jawab hari-hari dalam tutorial class, tapi bila dapat ja kertas maut tu, phewww, apa yang ada dalam otak ni terbang melayang-layang mengikut arus angin aircond yang terlalu deras di dalam kelas. 

Last-last, lecturer decides, "we continue it in our next class!". Heaven mak ai dengaq lecturer oyak lagu tu. Rasa macam "The world is mine! I'm the ruler of the world! hahaha (gelak Professor Klon Cicakman)"

Sakit otak la kalau hari-hari macam ni. Esok ada quiz lagi. Lusa ada test and test. 2 test nak kena ready. Berapa puluh chapter nak kena cover. Homakai! Sakai aku kalau macam ni. Dah la ada 5 sem ja. So, semua nak terkejan-kejan. Mati aku makkk. 

Every student, dikhaskan seorang mentor. AND! I got a mentor yang herhhh! Taktau nak ceghita macam mana. She's my account and bizmath lecturer. Anything, everything that she taught us, we can't understand it. Shes talking way too fast. Like she's the one in the class. Sakit hati nak mampos. Ni mula la aku nak membebel marah orang. Haish, Gee, Ingat bulan puasa k. Astaghfirullahala'zim.

Bila Gee stress, mula la buku pun jadi musuh. Nak sentuh hujung kulit buku tu pun rasa macam nak kena mandi bunga 7 hari 7 malam. Nah, hambek kau! Sekali aku hiperbola, kena mandi bunga teghus. haha. Tu tandanya dah over limit punya stress. Dah tak terkawal dek 1000 orang mengelilingi untuk mengawalku. Histeria terus. haha. Apa yang Gee menghaban nih? *ignore =.="

Nak lari dok ngan orang Afrikaaa. Tak pakai baju, lari tengah-tengah padang, perut boroi. haha. Korang boleh bayang tak kalau Gee macam tu. Nauzubillah. Phew! Otak dah senget ni. Habeh orang Afrika yang tak bersalah pun dah jadi mangsa aku nak melepaskan stress. huahuahua. 

Taknak test. Taknak quiz. Taknak exam. Tutorial dengan assignment 50/50. hihi. Nak quit tapi PTPTN dah jalan. Mati aku nak bayaq duit depa sedangkan satu ilmu pun aku takkan dapat bila dah quit. Dalam dilema "ditelan mati mak, diluah mati bapak". Punya la panjang entry Gee. Ade aku kesah? Blog aku!

Hoi, dah malam, buku tak sentuh-sentuh lagi nih. Cek malaihhh. Takmau hadap buku dah. Rasa macam nak ghebuih (rebus) ja buku-buku tu, pastu ambek ayaq dia, minum. Masuk ka dak ilmu tu dalam kepala otak, semua tu belakang kiqa. Yang aku tau la ni, buku dah jadi musuh ketat untuk hari ni. 

Macam-macam cara dah Gee buat nak bagi senang faham tapi tak faham-faham jugak. I need a guidance to guide me to do all this stuff. Tak boleh buat semua benda ni sorang diri. I need someone who can teach me. Who can make me understand all the subject. I need a tutor, macam dulu-dulu. Tapi dekat sini susah nak cari tutor. Hadoi mak!

Okay, dah-dah. Satgi cek start meghaung, satu sen pun tak guna.Banjir hostel cek satgi.



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Thursday, 18 July 2013

Assignment + Tutorial + Test + Quiz + Exam = Bakal Jadi Penghuni Tetap Tanjung Rambutan

Annyeong!

Korang nampak kan tajuk kat atas tu? Terpampang besar di dada blog haku. Faham tak maksud yang tersirat dan tersurat disebalik tajuk tu? Hah? Tak faham? Mekngot betoi. Maksud yang tersirat lagi tersurat adalah ia bakal menambahkan lagi sakit kepala, migrain and so on so on. Sakit kepala weyyy. 

Everyday got test. Everyday got quiz and everyday got many tutorials. One assignment tapi macam dapat 10 assignment. Exam is just around the corner pulak tu. Macam mana cek nak prepare dalam masa sesingkat paras buku lali niii?

Exam 12 August nanti. 4 days after raya. Raya tak macam raya weyy. Tak heaven. Tak boleh enjoy. Tak boleh main bunga api dengan adik beradik. Hwaaa. Diorang sedap-sedap dok hayun bunga api sambil nyanyi lagu selamat hari raya by Saloma, Gee kena bertungkus-lumus memerah otak untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang ada dalam buku-buku setebal hutan tropika tu.

Nasib la kalau dah ambek course business kan. Baju raya pun beli macam useless ja kalau pakai pun asyik dok terperuk dalam bilik dok hadap buku ja. Sakan la dengan jubah-jubah bebagai. Sekali dapat date untuk exam, gigit jari, mata bagi bulat sambil otak berpusing 360 darjah dok memikior macam mana nak catch up dengan semua subject nih dalam masa yang maha singkat ni.

Dah final exam, mesti tanya pasal cuti sem kan. Sekali lecturer bagi tau cuti sem 2 minggu ja, mahu aku lompat turun naik bangunan AUCMS tu. 2 minggu ja? Tak berbaloi penat lelah aku selama 6 bulan hadap buku untuk jawab soalan final exam tu. Sakit hati baq hang. Tak boleh bagi cuti sem "pendek" lagi ka?

Macam mana aku nak cope up dengan semua benda alah ni? Bila tak study dulu, otak ni asyik dok memikior je bila nak dapat peluang untuk sambung belajar. Tapi bila dah sekali dapat masuk, rasa macam nak lari 180km/j balik rumah, tidur senyap-senyap dalam kelambu (bajet macam bilik tu ada kelambu).

Ibuuu...Angah takmau belajaq dahhh. Sakit kepala. Mata yang tak rabun ni pun dah start rabun dah. Sebab apa? Sebab dok hadap laptop 16 jam sehari. Cek tak online nah. Cek dok buat assignment bertimbun-timbun lecturer dok bagi. Nak online facebook pun rasa macam berharga sangat masa nak buang untuk ambek tau hal orang. And because of that jugak la blog ni dah bersawang. Dulu, everyday akan terpampang nama blog ni dalam news feed korang but now nak tengok satu huruf dari blog ni keluar kat news feed korang pun dah susahkan? Takpe lah, kena berkorban untuk kebaikan masa depan Gee jugak kan.

Okay, got many more undone assignment. So nanti kiter update lagi kayh?



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan

Annyeong!

"Alhamdulillah dah masuk bulan Ramadhan. Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana telah memberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan yang mulia ini. Alhamdulillah."

Hmm. Sorry bapak-bapak, ibu-ibu karna sudah lama ya nggak ada satu pun entry dari saya karna saya lagi sibuk study because this is quiz and test week. Omaigaddd. Sakit kepala dah tengok huruf-huruf, number-number nih. Bepinau dah mata ni. Yang besar punya mata pun boleh jadi kecik. hihi. Ni pun lari sebentar nak jenguk blog sebab dah rindu sangat. Oh, btw congrats to Kak Irine for your victory. 

Okay, first of all, Gee nak ketengahkan topic baju raya. Korang dah beli? Kalau dah beli, korang beli berapa banyak? Kaler apa? Beli kat mana? How much? Ada sale ke takde? Okay, tu soalan yang most wajib ditanya. 

This year, my ibu and my kaklong nak buat tema jubah. Oh, sangat memeranjatkan! Balik cuti hari tu, tetiba diorang ajak gi beli baju raya and I'm just, "ok, let's go". Jalan punya jalan, last-last masuk satu kedai. Betapa terbeliaknya mata haku ni bila tengok baju-baju yang dijual. SEMUANYA JUBAH!!! 

Omaigaddd. Actually, diorang dah survey dah kedai baju mana yang diorang nak gi beli baju tu. So, just tunggu Gee balik je la. Then, bila Gee balik, diorang bawak la gi beli. Hadoiii. Tak ponah seumur hidup den ni ha pakai jubah time rayo. Tapi takpe la, Gee kan rare. hihi. 

Ibu Gee beli warna hitam and corak-corak bunga tu warna purple. Kaklong Gee beli jubah warna hitam jugak, cuma warna bunga-bunga tu je warna biru. Gee? Shhh. Biarlah rahsiaaa bak lagu Siti Nurhaliza. Raya nanti baru bagitau.

Okay, habis topic baju raya, kita tukar topic puasa pulak. First day sahur, ibu call. Ibu ucap "selamat bersahur". Bila dengar je ibu cakap macam tu, terus Gee nangis. Ni dok taip pun, dok nangis lagi. First time puasa jauh dari ibu. Tak pernah berpisah. Sedihhh. Minggu ni cuti, nak balik, nak puasa dengan ibu. 

Dah la. Taknak cerita dah. Satgi nangis teruk. =.="



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Thursday, 4 July 2013

Things Happen Without Expectation

Annyeong!

Wooo! Title gempak siaaa. haha. Okay, things happen without expectation or in Malay, perkara yang berlaku tanpa diduga. Why tetiba Gee nak bangkitkan story ni. Okay, first of all, tadi petang Gee pergi Kailan dekat pekan Kepala Batas tu, maybe. Pergi sana sebab nak beli benda sikit. So, on my way nak pergi sana, Gee stop dekat petrol station, nak isi minyak yang dah kering-kontang plus nak cash out duit belanja siket. Then lepas dah siap isi minyak, Gee start motor and DAMN motor tu taknak start. Weyh! Dah setahun lebih guna motor tu, tak pernah dia buat perangai macam tu. So the conclusion is we didn't expect benda tu nak jadi, tapi dia jadi jugak kan? 

Second, masa on the way nak balik, dekat one of the traffic light yang beratur berderek kot jalan tu, Gee stop dekat sebelah skuter ni. Perempuan bawak and she's carry two kids with her. A little girl sitting at the front in the basket and the other one which is boy sitting at the back. That little girl, I bet she must be around 2 years old or below and the cute,little boy must be around 3 to 4 years old. Both of em DIDN'T WEAR A HELMET! Perempuan yang bawak motor tu mesti mak budak-budak tu and SHE'S WEARING HELMET! Apa kejadah mak macam tu? Tak pikir keselamatan anak keee??? Dah la bawak laju. Gee yang bawak motor 80km/j pun tak boleh nak potong dia. Korang bayangkan betapa lajunya perempuan tu bawak motor, dengan anak-anak tak pakai helmet. MasyaAllah, Nauzubillah.

Mana la nak tau kan, kot-kot dok syok-syok bawak motor laju kemain, tiba-tiba buat tepeleot motor tu, kan dah jadi masalah besar. So, we can't expect what will happen in the future, right? Then, prepare la dari awal. Takkan masa sekolah dulu tak belajar wey? Korang main Angry Bird punya game pun, even korang sendiri yang tarik lastik tu, korang dah target, dah aim cukup-cukup tapi kadang-kadang tersasar jugak kan? Tu dalam korang dah aim gila-gila dah pun dok terpelanting ke tempat lain lagi. Tambah tak plan apa-apa, tak bersedia, memang nak tempah batu nisan awal la jawabnyerrr.

So, the moral of the story is be prepared wherever you are. Besides, we plan anything but ALLAH decides everything. #muhasabahDIRIsendiri



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Volleyball & Despicable Me Teaser

Our Team !!! Go AUCMS !!!

Annyeong!

Okay, again, I'm talking about my club. As you can see, this is my team members. Tak ramai but Alhamdulillah sebab baru ditubuhkan tapi kira boleh tahan la cuz dah ada ramai macam ni kan. Boys and girls are equal but mostly yang terror main tu team lelaki la. Dapat kekuatan dari mana pun taktau. hihi.

Gambar ni Gee ambek masa 3rd training kitorang. So, that's why tak nampak muka Gee terselit dalam gambar tu. Takpe la. Promote adik-adik sudah la. Yang kak-kak ni beralah la. ihik. Okay, korang boleh tengok banyak expression muka yang diorang tunjukkan. Gambar ni kira okay lagi la dari satu gambar yang Gee snap tu. Yang tu gambar freestyle and obviously memang freestyle habis! haha.

Okay, enough dengan cerita volleyball club. Now we proceed to our new topic. (macam lecturer dah ha) Petang tadi, balik dari training, kitorang jalan kaki balik hostel (oh, itu sudah menjadi kebiasaan kami. berjalan kaki, menguatkan otot-otot dan sendi-sendi di kaki. huahuahua.) While walking tu, kak tiha, kakak, adik and echaa keep singing. Nyanyi lagu apa pun tak paham. Dok bananananana~~. So, bila sampai rumah, kakak show me that song. Rupa-rupanya lagu tu untuk teaser movie Despicable Me 2.


Okay, korang boleh tengok video di atas. Comey-comey belake ha minions ni. Tapi kesian dekat minion yang dok tiup-tiup benda alah tu sebab last-last kena penumbuk. Tapi minion yang menumbuk tu suara dia sedap gila. Penyanyi dia tak dapat cekup lagi sapa dia. But seriously Gee enjoy dengar lagu ni. Lawak dohhh. hahaha. Dah letih jari ni menari-nari di atas keyboard, so GOODNIGHT!!!



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

Monday, 1 July 2013

Official AUCMS Volleyball Club

Orang-orang kuat AUCMS Volleyball Club. ihik =.='

Annyeong!

Ingat tak lagi Gee pernah story-story kat belog usang Gee ni pasal volley ball tu? Kalau tak ingat, meh klik sini. Pagi tadi, Gee attend first meeting kitorang. Not too formal. Semua jenis otak gelong-melong sikit. ihik. So, tak tension sangat la bila meeting tak formal macam tu. Ye la, kalau buatnya formal meeting, confirm mood iolls ni hilang seminit. hihi. Mana tak hilangnya. Kelas pukul 12 tapi kena bangun awal sebab nak attend meeting tu pukul 10. Stress wey bila beauty sleep ko kena kacau!

So now Gee nak bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberi kesempatan kepada kami untuk menubuhkan satu lagi kelab yang sangat happening (ok, ayat skema zaman sekolah rendah macam nak baca doa makan). Hmm. Korang boleh la tengok muka-muka kat atas tu. Tu semua muka-muka yang bakal menjadi fofular kerana bakal mengedarkan flyers-flyers dari rumah ke rumah untuk mengajak or menjemput pakcik makcik, abang kakak adik sekalian untuk join kelab kitorang. Actually ada lagi sorang yang hilang. Eh, tak hilang ke mana pun sebab dia tukang ngambek gambonyerr. Alaa. Yang entry sebelum ni Gee ada cakap kitorang panggil Baby tu. ihik. Sooo, inilah! Muka-muka orang-orang kuat kelab volley ball nih except yang pakai tudung kuning, baju koko cop Baby Milo tu. Yang tu pengacau ja. haha. (ada ja jawatan tapi jawatan mengalahkan PA qetih. malu nak ngabornyerr).

Dari kanan bawah; Muhd Hazwan (President), Encik Asyraf (Club Consultant), Nurfatiha (Vise President)
Dari kanan atas; Nur Fadhilah, Noraisyahfiqah, Aira Dyana, Nur Fathihah, Siti Najihah (me), Alif Lammin & Amirun Syazwan.

Yang geng row atas tu, Gee langsung tak ingat position diorang dalam kelab ni. Position iolls pun iolls still konpius. hihi. By the way, kalau korang berminat nak tahu perkembangan kelab ni, korang boleh ke direct link AUCMS Volleyball Club. Mana nak tau kot-kot korang nak selidik-selidik sikit pasal kelab kitorang ni sebab korang dah diberi hidayah untuk join. hihi.  



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!