Annyeong!
Hey there! Ingat lagi tak before this Gee ada mentioned yang final exam Gee 12/08/2013. 4 days after raya. Sedih kan bila dengar tarikh tu? Tak boleh nak enjoy. Tak boleh nak buat hape pong! Tapi, tadi dekat kelas ada surprise words yang buat Gee rasa nak lari keliling block A Waziria tu. haha. Apa? Exam cancel? Mahu gile terus aku macam Esah 50sen kalau exam cancel. haha. Yang sebenar-benar-benarnyerr adalah - date extended.
Boleh baca tak 2 perkataan tu? Is it clear for you? hihi. Ha, heaven gila dengar 2 perkataan tu. Takde la nak terperuk macam kongkang sorang-sorang dalam bilik tu dok hadap buku bila raya nanti. Cemuih arrr. So, this week is a last week before study week. (Dey! berapa banyak week kau nak tulis hahhh??) Minggu ni pun macam kosong saja bak kata lagu Najwa Latif. Mau tak kosong, semua syllabus dah selamat dikhatamkan. So masuk dalam kelas taktau nak bincang pasai apa.
Minggu ni tak besttttt. Tolong la bagi kami cutiiiii. I need a very long holidayyy. Rest tak cukup langsunggg. Hadoimakkk. Boleh mati kejung aku kalau hari-hari macam ni. Dah la balik rumah sendiri pun tak boleh nak rest. Kena pi hadap kedai. Kalau tak turun sekali, kerja satu apa pun tak jalan kalau tinggal kat pekerja. Nak kita jugak campoq tangan. Pergi kedai pukul 9.30a.m, balik pukul 2a.m. 2a.m means 2 pagi bukan 2p.m yang 2 petang tu. Kalau 2p.m takpa, heaven jugak nak spent time atas katil. Ni balik pukul 2a.m. Letih weyyy.
Eyebag pun dah teruk gila vavi dah ni. Kalah mata panda. Panda tengok pun terkejut. Dari nak mengaku kawan, kena reject terus dengan Mr. Panda tu. haha. Dia pun kata "hok ni buke kawe punyo saing. Dok molek langsung mate die". haha. Hadoi dah melalut dah ni. Ni semua gara-gara tak cukup tidur. Hoyeah! Byei-byei.
I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!
No comments:
Post a Comment