Diriku..
Hanya untuk sendiri,
Bukan untuk disayangi,
Bukan untuk dicintai,
Bukan untuk dimiliki;
Apa yang diperlukan hanyalah pendidikan,
Apa yang diinginkan adalah kejayaan,
Apa yang diperlukan hanyalah keredhaan,
Apa yang diinginkan adalah pendirian;
Kasih sayang?
Hanya dari ibu bapa,
Hanya dari keluarga,
Hanya dari teman-teman;
Kasih sayang?
Bukan dari kekasih,
Bukan dari skandal,
Bukan dari 'crush';
Bila..
Bila ingin bercinta?
Bila ingin ketemu bahagia?
Bila ingin mendirikan rumah tangga?
Akan tiba masa..
Akan tiba masa untuk aku bercinta,
Akan tiba masa untuk aku ketemu bahagia,
Akan tiba masa untuk aku mendirikan rumah tangga;
Semua masih awal,
Semua terlalu awal;
Hanya perlu bersedia,
untuk mengecapi hari yang akan tiba;
Hanya perlu bersedia,
untuk menggapai bintang-bintang diangkasa;
Hanya perlu bersedia,
untuk mencapai cita-cita;
Kenapa menolak?
Kerana aku belum bersedia,
Kerana aku perlu berjaya,
Kerana aku harus percaya;
Hidupku hanya milik si Dia,
Hidupku ditulis oleh Dia,
Dia penentu segalanya;
Dia yang maha Esa,
Segala yang ku lakukan hanya untuk Dia;
Dia yang maha Pemurah,
Segala rezeki yang ku terima datang dari Dia;
Dia yang maha Pengampun;
Segala kesilapan ku minta ampun dari Dia;
Puisi ini lahir dari hatiku,
Puisi ini menerangkan isi hatiku,
Puisi ini adalah penting bagiku.
Annyeong!
Puisi? Why tetiba tulis puisi? Mintak mangap kalau karyaku ini tersangatlah teruk sehingga menjulingkan mata anda bila membacanya. Mintak mangap jugak kalau hasil penulisanku ini tunggang-langgang. Kalau A. Samad Said tengok confirm dia pengsan. hahaha.
Apa yang ada dalam puisi ni semua berkisarkan tentang diri Gee. Apa yang Gee nak and apa yang Gee taknak. Alah, sonang jo nak paham eh. Bukan ayat bungo-bungo pun. Somuo tobontang dopan mato ha. Den tak qoti nak tuleh ayat bungo-bungo yang momusing ligat sampai susoh eh nak baco.
Maksud dia simple je. Kalau faham kira A+ la Gee bagi. Kalau tak faham, mintak tolong librarian ke, makcik kantin ke, makcik cleaner ke, sape-sape pun lah tolong explain kan. Entahlah kenapa tetiba Gee nak tulis puisi. Dah lama tak karang ayat macam ni. Rasa rindu kot, mungkin.
Hidup, telah ditulis, tapi ditentukan oleh kita. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Pening? Harus! Kenapa? Lumrah hidup. Ditanya kenapa tulis puisi? Eh, ikut suka la. Dah rasa nak luah perasaan hati dalam bentuk puisi. So, puisi la haku bagi.
Enough! Cukup! Sampai disini kita berseloka. Sampai disini saja kita bercerita.
I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!
No comments:
Post a Comment