Thursday, 18 July 2013

Assignment + Tutorial + Test + Quiz + Exam = Bakal Jadi Penghuni Tetap Tanjung Rambutan

Annyeong!

Korang nampak kan tajuk kat atas tu? Terpampang besar di dada blog haku. Faham tak maksud yang tersirat dan tersurat disebalik tajuk tu? Hah? Tak faham? Mekngot betoi. Maksud yang tersirat lagi tersurat adalah ia bakal menambahkan lagi sakit kepala, migrain and so on so on. Sakit kepala weyyy. 

Everyday got test. Everyday got quiz and everyday got many tutorials. One assignment tapi macam dapat 10 assignment. Exam is just around the corner pulak tu. Macam mana cek nak prepare dalam masa sesingkat paras buku lali niii?

Exam 12 August nanti. 4 days after raya. Raya tak macam raya weyy. Tak heaven. Tak boleh enjoy. Tak boleh main bunga api dengan adik beradik. Hwaaa. Diorang sedap-sedap dok hayun bunga api sambil nyanyi lagu selamat hari raya by Saloma, Gee kena bertungkus-lumus memerah otak untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang ada dalam buku-buku setebal hutan tropika tu.

Nasib la kalau dah ambek course business kan. Baju raya pun beli macam useless ja kalau pakai pun asyik dok terperuk dalam bilik dok hadap buku ja. Sakan la dengan jubah-jubah bebagai. Sekali dapat date untuk exam, gigit jari, mata bagi bulat sambil otak berpusing 360 darjah dok memikior macam mana nak catch up dengan semua subject nih dalam masa yang maha singkat ni.

Dah final exam, mesti tanya pasal cuti sem kan. Sekali lecturer bagi tau cuti sem 2 minggu ja, mahu aku lompat turun naik bangunan AUCMS tu. 2 minggu ja? Tak berbaloi penat lelah aku selama 6 bulan hadap buku untuk jawab soalan final exam tu. Sakit hati baq hang. Tak boleh bagi cuti sem "pendek" lagi ka?

Macam mana aku nak cope up dengan semua benda alah ni? Bila tak study dulu, otak ni asyik dok memikior je bila nak dapat peluang untuk sambung belajar. Tapi bila dah sekali dapat masuk, rasa macam nak lari 180km/j balik rumah, tidur senyap-senyap dalam kelambu (bajet macam bilik tu ada kelambu).

Ibuuu...Angah takmau belajaq dahhh. Sakit kepala. Mata yang tak rabun ni pun dah start rabun dah. Sebab apa? Sebab dok hadap laptop 16 jam sehari. Cek tak online nah. Cek dok buat assignment bertimbun-timbun lecturer dok bagi. Nak online facebook pun rasa macam berharga sangat masa nak buang untuk ambek tau hal orang. And because of that jugak la blog ni dah bersawang. Dulu, everyday akan terpampang nama blog ni dalam news feed korang but now nak tengok satu huruf dari blog ni keluar kat news feed korang pun dah susahkan? Takpe lah, kena berkorban untuk kebaikan masa depan Gee jugak kan.

Okay, got many more undone assignment. So nanti kiter update lagi kayh?



I hangmogeul ilgeo jusyeoseo, jeongmal gumawo! Annyeong gaseyo!

2 comments: